RIYADH: Batu gergasi yang mempunyai garis pemisah di bahagian tengah menimbulkan teori konspirasi mengenai bagaimana perkara itu boleh berlaku.
Batu besar dinamakan Al-Naslaa terhasil daripada batu pasir di padang pasir Tayma, di barat laut Arab Saudi, lapor Mirror.
Batu itu mempunyai ketinggian sembilan meter dan tujuh meter lebar dengan terdapat ukiran seolah-olah seorang lelaki berada di atas kuda.
Namun, bukan ukiran pada batu itu yang menarik perhatian orang ramai, sebaliknya belahan lurus di bahagian batu tersebut.
Ada individu berpendapat kejadian itu berlaku disebabkan makhluk asing yang mendarat ke bumi.
Pasukan paranormal mempercayai spekulasi belahan batu itu selepas makhluk asing menyuluh laser di beberapa planet dan secara tidak sengaja terpotong batu itu menjadi dua.
Comments
Post a Comment