Calon SPM, STPM dapat vaksin bulan depan

 

KUANTAN: Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bakal menerima suntikan vaksin akhir bulan depan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech itu akan diadakan di sekolah.

- Foto hiasan

"Selepas tiga minggu, mereka akan menerima dos kedua," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Bertindak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) peringkat Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/829236/calon-spm-stpm-dapat-vaksin-bulan-depan

Comments