SAINT PETERSBURG, Russia: Gelanggang Euro 2020 di Russia, Saint Petersburg melaporkan lonjakan kes harian COVID-19 tertinggi sejak bemulanya pandemik.
Kota berkenaan, yang menganjurkan enam perlawanan Euro 2020 dan akan menjadi gelanggang suku akhir Jumaat ini, mencatat 107 kematian sepanjang 24 jam lalu.
Agensi berita Russia berkata ia adalah jumlah tertinggi dalam mana-mana kota di Russia sejak pandemik tercetus.
Saint Petersburg adalah kota di mana puluhan penyokong Finland dijangkiti COVID-19 selepas menyaksikan perlawanan menentang Belgium.
Awal minggu ini kota berkenaan melarang penjualan makanan di zon peminat Euro selepas mengehadkan jumlah dan mengarahkan penutupan bahagian makanan di pusat beli-belah.
Saint Petersburg melaporkan 817 kes baharu pada 1 Jun, tetapi jumlah berkenaan meningkat kepada 1,247 hari ini. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/06/832434/euro-107-kematian-dalam-24-jam-di-saint-petersburg
Comments
Post a Comment