Hubungan UAE dan Israel makin kukuh

 

DUBAI: Menteri Luar Israel, Yair Lapid memaklumkan lebih banyak kerjasama akan dimeterai dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) ketika beliau mengunjungi negara ini dalam rangka lawatan kerja.


UAE dan Israel menjalin hubungan normalisasi dengan Israel pada September tahun lalu, sekali gus membuka lebih banyak ruang untuk kedua-dua pihak meningkatkan sektor pelancongan, kewangan dan penerbangan.

“Kami (UAE dan Israel) akan menandatangani lebih banyak perjanjian kerjasama pada Julai ini di Israel.

“Visi kami melibatkan semua peringkat iaitu negara, ekonomi dan rakyat.” katanya.

Lapid sebelum itu menghadiri majlis pembukaan konsulat Israel di Dubai. – AFP

https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/06/hubungan-uae-dan-israel-makin-kukuh/

Comments