Jerman enggan benarkan kemasukan pelancong Britain

 

BERLIN: Jerman merancang untuk melarang kemasukan pelancong Britain ke Kesatuan Eropah (EU), biarpun mereka sudah mengambil suntikan vaksin Covid-19 atau sebaliknya.

Hal ini kerana, Canselor Jerman, Angela Merkel menyifatkan Britain sebagai ‘negara membimbangkan’ susulan penularan varian Delta yang meningkatkan kes jangkitan Covid-19 baharu di seluruh dunia ketika ini.

Pelan tersebut akan dibincangkan oleh pegawai kanan Eropah dan jawatankuasa tindak balas krisis politik EU, selain beberapa negara termasuk Greece, Sepanyol, Cyprus, Malta dan Portugal dijangka membantah.


Dalam pada itu, Merkel dijangka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson pada minggu depan.

Britain sebelum ini bercadang untuk membenarkan penduduknya yang sudah divaksinasi lengkap melakukan perjalanan ke negara zon hijau tanpa perlu dikuarantin selepas pulang bercuti. – AGENSI

https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/06/jerman-enggan-benarkan-kemasukan-pelancong-britain/

 

Comments