FLORIDA: Jumlah penduduk yang hilang dalam runtuhan kondominium di Miami meningkat kepada 159 dengan empat orang disahkan maut.
Datuk Bandar Miami-Dade, Daniella Lavin Cava berkata, banyak pihak berharap masih ada mangsa yang ditemukan hidup walaupun peluang tipis.
“Kami akan meneruskan operasi pencarian kerana kami percaya masih ada mangsa yang hidup, kita tidak akan berputus asa,” katanya seperti yang dilapor BBC.
Dalam pada itu, pasukan keselamatan bertungkus-lumus melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan, selain memaklumkan mereka ada terdengar bunyi ketukan.
Anggota keselamatan juga menggunakan alat pengesan sonar berkamera bagi mengesan mangsa.
Punca bangunan berusia 40 tahun itu yang runtuh pada pagi semalam masih belum diketahui.
Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden meluluskan darurat di Florida susulan insiden tersebut.
https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/06/kondominium-miami-empat-maut-159-hilang/
Comments
Post a Comment