PETALING JAYA: Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-258 yang sepatutnya dijadualkan berlangsung dua hari bermula esok secara rasminya ditunda.
Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, tarikh mesyuarat itu kini dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Majlis Raja-Raja sepatutnya mengadakan perjumpaan dengan Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri sempena Majlis Raja-Raja pada 28 Jun serta mesyuarat pra-majlis sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 29 Jun namun kedua-duanya turut ditunda.
Kali terakhir Majlis Raja-Raja mengadakan persidangan adalah ketika sesi perbincangan khas bersama Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung di Istana Negara pada 16 Jun lalu.
Perbincangan itu dibuat selepas Seri Paduka bertemu dengan ketua-ketua parti politik bagi membincangkan isu kesihatan, politik, ekonomi dan sosial. – UTUSAN ONLINE
https://www.utusan.com.my/terkini/2021/06/mesyuarat-majlis-raja-raja-melayu-ditunda-oktober/
Comments
Post a Comment