UTTARKHAND: Di sebalik kebimbangan mengenai lonjakan kes Covid-19 di India, ratusan orang masih sanggup berkumpul di tebing Sungai Ganga di Haridwar sempena acara Ganga Dussehra hari ini.
Situasi sama malah dapat dilihat di bandar Farrukhabad, Uttar Pradesh, lapor India Today.
Penganut kepercayaan itu sanggup mengabaikan protokol Covid-19 tanpa memakai pelitup muka dan berendam di dalam sungai.
Setiap tahun, penduduk di daerah sekitar berkumpul di Farrukhabad unutk menyambut festival dan berendam di dalam sungai.
“Ramai orang berada di Ganga snaan dan cuai tanpa mengamalkan penjarakan fizikal.
“Malah, tiada sesiapa mematuhi peraturan Covid-19. Saya masih berjaga-jaga dan sentiasa memakai pelitup muka.
“Saya merayu kepada orang lain supaya mematuhi peraturan sedia ada, pakailah pelitup muka serta amalkan penjarakan fizikal kerana wabak Covid-19 belum reda,” kata seorang penduduk.
Sementara itu di Haridwar, orang ramai mengambil peluang berendam dalam sungai Har Ki Pauri sempena Ganga Dussehra.
Penduduk juga dilihat tidak mengamalkan langsung langkah pencegahan pandemik Covid-19 dengan bersesak-sesak antara satu sama lain.
https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/06/penduduk-india-masih-degil-sambut-ganga-dussehra/
Comments
Post a Comment