LONDON: Pesakit Covid-19 paling lama di United Kingdom (UK), Jason kelk meninggal dunia semalam pada usia 49 tahun selepas dia tidak mahu lagi menjalani rawatan yang disifatkannya ‘memenatkan’.
Kelk menghembuskan nafas terakhir di samping keluarga tersayang selepas menerima rawatan akibat virus tersebut selama setahun lebih sejak 31 Mac tahun lalu.
Isterinya, Sue Kelk memberitahu dia merayu kepada suaminya supaya meneruskan rawatan namun Kelk sudah tidak mampu untuk hadapi situasi tersebut.
“Saya beritahu dia kami sayangkannya dan dia sudah berjuang habis-habisan untuk menangani Covid-19.
“Berdepan dengan Covid-19 dalam tempoh begitu lama bukan mudah dan perasaan itu hanya difahami Kelk,” katanya.
Kelk meninggal dunia dunia kira-kira 90 minit selepas alat bantuan pernafasannya ditanggalkan.
Kelk yang menghidap diabetes dan asma menjadi semakin kritikal sejak 3 April lalu apabila virus Covid-19 merosakkan paru-paru dan buah pinggangnya. – AGENSI
Comments
Post a Comment