BAITULMUQADDIS: Perdana menteri baharu Israel, Naftali Bennett memberi amaran kepada pejuang Hamas di Semenanjung Gaza bahawa mereka tidak mahu lagi bertolak ansur dengan kumpulan tersebut.
Berucap sempena majlis memperingati kematian tentera Zionis dalam peperangan di Gaza pada 2014, Bennett menegaskan Isreal sudah hilang sabar dan Hamas perlu ‘menerima segala pendekatan Israel yang berbeza’.
“Hamas perlu faham peraturan bahawa Israel tidak bertolak ansur dalam semua perkara,” katanya.
Pada minggu lalu, Israel melancarkan dua serangan udara baharu di Gaza susulan belon api dilepaskan ke wilayah selatan Israel sehingga menyebabkan kebakaran kecil di beberapa kawasan.
Serangan itu sekali gus mencabuli gencatan senjata yang dilaksanakan antara Hamas dan Israel pada 21 Mei lalu selepas konflik keganasan berlaku selama 11 hari.
Konflik itu menyaksikan 256 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak menjadi korban serangan udara Zionis. – AGENSI
https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/06/pm-baharu-israel-beri-amaran-kepada-hamas/
Comments
Post a Comment