Rakyat minta ‘sidang Parlimen, ibadah’ buat di kilang

 

PETALING JAYA: Laman media sosial ketika ini penuh dengan ayat-ayat sarkastik dan terbaharu netizen meminta agar sidang Parlimen dan ibadah dilakukan di kilang.

Hal ini kerana kilang terus beroperasi walaupun setiap hari merekodkan kluster baharu Covid-19 kerana peningkatan jumlah kes melibatkan kalangan pekerja sejak kebelakangan ini.

Malah terdapat juga netizen meminta ibadah dilaksanakan di kilang seperti kebenaran pengoperasian kilang-kilang.


“Sikit sahaja pekerja kilang divaksin tetapi semua kena pergi kerja, tetapi semua ahli Parlimen dan menteri dah divaksin tetapi seorang pun tidak pergi kerja,” ciapan pemilik akaun Twitter bernama @lagacawan.

Pelbagai pihak kebelakangan ini memberikan pandangan agar Parlimen dapat bersidang segera agar ahli Parlimen dapat berbincang dan berbahas mengenai pandemik Covid-19.

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/06/rakyat-minta-sidang-parlimen-ibadah-buat-di-kilang/

 

Comments