PETALING JAYA: Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dilaporkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa ini.
Sebuah portal melaporkan, Rais dan Azhar mendapat jemputan dari Istana Negara semalam dan pertemuan itu adalah bagi membincangkan mengenai persidangan Parlimen.
“Mereka dipanggil ke Istana Negara bagi menghadap Agong pada Selasa ini, pukul 11 pagi.
“Agong mungkin mahu bertemu dengan speaker untuk berbincang mengenai pembukaan Parlimen sebelum tempoh darurat berakhir pada 1 Ogos ini,” lapor portal itu menurut sumber.
Ini selepas Rais dan Azhar semalam mencadangkan bahawa persidangan Parlimen secara hibrid boleh diadakan sekitar akhir Ogos ataupun minggu pertama September tahun ini.
Mereka juga mencadangkan agar satu Sidang Khas Parlimen diadakan pada awal Ogos tertakluk kepada syarat-syarat ketat pencegahan penularan Covid-19 yang dikuatkuasakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan. – UTUSAN ONLINE
https://www.utusan.com.my/terkini/2021/06/speaker-dewan-rakyat-dewan-negara-menghadap-agong-selasa-ini/
Comments
Post a Comment