UAE ‘diserang’ tiga varian Covid-19

 

DUBAI: Kebanyakan kes jangkitan baharu Covid-19 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) adalah disebabkan oleh varian yang mudah berjangkit.

UAE yang mempunyai kira-kira sembilan juta merupakan antara negara paling cepat melaksanakan program vaksinasi Covid-19.

Namun, sejumlah kes jangkitan mula meningkat sejak bulan lalu kepada lebih 2,000 kes sehari.

Pada Sabtu lalu, UAE merekodkan sebanyak 10 kes kematian dan merupakan angka tertinggi sejak Mac lalu.

Pihak Berkuasa Pengurusam Bencana dan Krisis Kecemasan Kebangsaan UAE (NCEMA) memaklumkan, peningkatan kes itu disebabkan oleh penularan varian Delta, Beta dan Alpha.

Varian Beta yang ditemukan pertama kali di Afrika Selatan menyumbang kepada majoriti kes jangkitan Covid-19 di negara iaitu 39.2 peratus.


Varian Delta menyumbang 33.9 peratus dan Alpha yang dikesan pertama kali di Britain merekodkan 11.3 peratus kes.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini memberi amaran, varian Delta menjadi dominan dalam kes jangkitan global. – REUTERS

https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/06/uae-diserang-tiga-varian-covid-19/ 

 

Comments