400,000 rakyat Britain ‘lepas geram’ pergi bercuti

 

LONDON: Kira-kira 400,000 penduduk Britain akan bercuti ke beberapa negara yang tersenarai sebagai zon hijau menjelang musim panas ini.

Lapor Mirror, suasana di dua lapangan terbang termasuk Heathrow dan Gatwick sesak dengan para penumpang yang ‘sudah tidak sabar’ untuk bercuti selepas semua sekatan Covid-19 sudah dilonggarkan.

Pihak pengurusan Gatwick memaklumkan, antara 25,000 hingga 27,000 penumpang dijangka memenuhi lapangan terbang tersebut dalam tempoh beberapa hari akan datang.


Lapangan terbang Stansted juga menyatakan, sebanyak 1,330 penerbangan berlepas pada hujung minggu lalu berbanding 735 penerbangan sahaja pada tahun lalu.

Para penumpang di Heathrow dilaporkan perlu beratur selama dua hingga tiga jam untuk pemeriksaan pasport.

Selain itu, beberapa syarikat penerbangan juga menambah kuota penerbangan bagi menampung permintaan penumpang yang meningkat mendadak.

https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/07/400000-rakyat-britain-lepas-geram-pergi-bercuti/

Comments