Afghanistan laksana perintah berkurung sebulan, sekat pergerakan Taliban

 

KABUL: Kerajaan Afghanistan melaksanakan perintah berkurung selama sebulan di seluruh negara bermula semalam sebagai usaha menghalang ‘pencerobohan’ Taliban ke bandar-bandar utama.

Kecuali di Kabul dan dua lagi wilayah iaitu Panjshir dan Nangarhar, perintah berkurung itu akan bermula pukul 11 malam hingga 4 pagi waktu tempatan.

Langkah itu dilakukan selepas pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) berundur dari negara ini pada awal bulan lalu.


Kumpulan Taliban mendakwa pihaknya sudah menawan hampir separuh wilayah di negara ini.

Selain itu, kumpulan militan tersebut juga merampas beberapa jalan utama bagi menyekat pergerakan tentera Afghanistan.

Kementerian Dalam Negeri menegaskan perintah berkurung yang dilaksanakan bertujuan menghentikan keganasan dan menyekat pergerakan Taliban.

https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/07/afghanistan-laksana-perintah-berkurung-sebulan-sekat-pergerakan-taliban/

Comments