Belgium sekali lagi dilanda banjir

 

BRUSSELS: Beberapa kawasan di Belgium sekali lagi dilanda banjir, menyaksikan sejumlah kenderaan dihanyutkan arus deras selepas hujan lebat melanda semalam.

Wilayah Namur dan Walloon Brabant antara kawasan paling teruk terjejas akibat banjir yang berlaku.


Penduduk di wilayah tersebut sudah pun berdepan dengan situasi sukar akibat banjir baru-baru ini yang menyebabkan 36 orang maut dan tujuh hilang.

Hujan lebat turut menyebabkan kemusnahan di Dinant apabila sejumlah kenderaan dihanyutkan banjir dan pasukan bomba menyifatkan situasi tersebut lebih buruk berbanding banjir sebelum ini.

Jumlah korban akibat banjir yang melanda beberapa negara Eropah pada minggu lepas mencecah 210 orang. – AP

Comments