SAN FRANCISCO: Facebook menggabungkan pakarnya dari seluruh sektor perkakasan, permainan dan unit realiti maya untuk membina dunia digital lebih interaktif dikenali sebagai 'Metaverse'.
'Metaverse' ialah istilah diungkapkan penulis sains fiksyen, Neal Stephenson, merujuk kepada dunia bersepadu dalam talian di mana beberapa pengguna boleh melepak, membelanjakan wang, menggunakan media, malah meneroka potensi kerjaya.
Projek itu dilihat sebagai keutamaan penting bagi masa depan Facebook oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Mark Zuckerberg.
Eksekutif Facebook, Andrew Bosworth, berkata Facebook kini menubuhkan pasukan produk Metaverse, yang akan menggandingkan pasukan berkaitan bagi menumpukan kepada tanggungjawab membangunkan produk itu.
"Nilai utama Metaverse ialah kehadiran di alam maya, perasaan benar-benar berada bersama orang lain seperti di alam nyata
"Perkakasan Facebook seperti skrin pintar Portal dan gear realiti maya Oculus sudah pun menjadi alat untuk membuat orang merasa rapat walaupun pada hakikatnya berjauhan.
"Untuk mencapai wawasan penuh Metaverse, kita juga perlu membina jaringan penghubung antara ruang-ruang ini," katanya dalam satu hantaran Facebook.
Vishal Shah dari pasukan Instagram akan mengetuai Kumpulan Produk Metaverse yang baru ditubuhkan itu.
Epic Games, syarikat Amerika Syarikat (AS) yang membangunkan permainan video Fortnite, awal tahun ini mengumumkan sudah mengumpulkan dana AS1 bilion (RM4.228 bilion) dana baru.
Katanya, sebahagian dana berkenaan adalah untuk menyokong wang itu untuk menyokong wawasannya bagi Metaverse.
Permainan video popular seperti Fortnite menyaksikan penggunaan melambung tinggi ketika pandemik COVID-19 dan penciptanya melihat potensi untuk berkembang dalam sektor hiburan, pertemuan atau kegiatan kerja secara maya ke maya. - -AFP
https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2021/07/843819/facebook-mahu-wujudkan-dunia-maya-baharu
Comments
Post a Comment