NEW DELHI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut akibat virus selesema burung, H5N1, sekali gus menjadi kes kematian pertama di India.
Menurut kenyataan kerajaan, kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital pada 2 Julai lalu dan meninggal dunia kelmarin selepas semua organnya gagal berfungsi.
Petugas perubatan yang merawat kanak-kanak tersebut serta ahli kerluarganya kini menjalani kuarantin.
Pihak berkuasa kesihatan India juga mengadakan pengesanan kontak sebagai langkah mencegah penularan virus tersebut.
Jabatan Penternakan Haiwan di Haryana iaitu tempat tinggal kanak-kanak tersebut juga tidak menemukan sebarang kes berkaitan selesema burung.
India merekodkan sejumlah kes selesema burung di ladang penternakan sejak dua dekad lalu dan keadaan terkawal tanpa kes melibatkan manusia. – REUTERS
https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/07/india-rekod-kes-kematian-pertama-akibat-h5n1/
Comments
Post a Comment