MINNESOTA: Nasib malang menimpa seorang wanita di Minnesota apabila disahkan positif Covid-19 dan kedua-dua kakinya terpaksa dipotong selepas menerima suntikan kedua vaksin Pfizer-BioNTech, 1 Februari lalu.
Lapor Daily Mail, Jummai Nache yang bekerja sebagai pembantu perubatan dari Minneapolis terpaksa menelan kenyataan apabila tangannya juga akan dipotong.
Beberapa hari selepas menerima vaksin, suaminya, Philip terpaksa membawanya ke hospital selepas dia mengadu sakit dada, 6 Februari lalu.
Hari berikutnya mangsa disahkan positif Covid-19 dengan keadaan kesihatan dirinya kian merosot yang menyebabkan dia terpaksa ditahan di hospital.
Philip kebingungan dan berusaha mencari jawapan mengenai punca sebenar keadaan kesihatan yang melanda isterinya.
“Saya terkejut apabila mendapat tahu isteri disahkan positif kerana dia tidak mengalami sebarang gejala sebelum mengambil suntikan vaksin.
“Kami kemudian menerima kenyataan mungkin virus dan vaksin bersama-sama menyumbang kesan buruk kepada tubuh badan berdasarkan laporan doktor pakar penyakit berjangkit Jummai yang memiliki gejala simptomatik,” katanya.
Sebulan selepas itu, pakar perubatan mengesahkan isterinya mempunyai darah beku di arteri, masalah pernafasan, penyakit otot di bahagian jantung, anemia, iskemia serta kerdagangan berganda (MIS).
Dia ditempatkan di ventilator 14 Februari lalu.
Kes Jummai dirujuk ke Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) untuk siasatan lanjut.
Menurut laman GoFundMe, selepas panggilan maya melibatkan 70 hingga 80 pakar kesihatan dari seluruh negara, CDC memutuskan gabungan Covid-19 dan MIS adalah penyebab komplikasi kesihatan itu.
Bagaimanapun, agensi itu tidak dapat menentukan sama ada vaksin memainkan peranan dalam masalah tersebut.
https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/07/kaki-terpaksa-dipotong-selepas-terima-suntikan-kedua-vaksin/
Comments
Post a Comment