MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan angkatan laut negara itu dapat mengesan musuh dan melancarkan serangan di masa sahaja jika diperlukan.
Lapor Sky News, Putin berkata, negara itu mampu mengesan musuh sama ada di bawah air, atas permukaan air, di udara dan jika diperlukan mampu melakukan serangan yang tidak dapat dicegah.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri perarakan sempena memperingati ulang tahun ke-325 Angkatan Laut Rusia di St. Petersburg.
Perarakan itu turut dihadiri oleh kapal-kapal dari angkat laut Iran, Pakistan dan India.
Pertunjukan itu turut berlangsung di beberapa pangkalan lain seperti Severomorsk, Caspiisk, Baltiisk, Sevastopol, Vladivostok.
Jun lalu, sebuah kapal milik Britain, HMS Defender berlayar di Laut Hitam berdekatan Crimea.
Dalam pelayaran tersebut, kapal Rusia melepaskan tembakan amaran dan pesawat milik Rusia menggugurkan bom di laluan HMS Defender.
Bagaimanapun, Britain menafikan laporan Rusia mengenai insiden itu.
https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/07/kapal-laut-rusia-boleh-kesan-serang-musuh-di-mana-sahaja/
Comments
Post a Comment