ANKARA: Sekurang-kurangnya empat maut dan lebih 180 cedera akibat kebakaran hutan yang kini merebak merentasi wilayah Antalya di selatan Turki.
Ribuan anggota bomba dikerahkan memadam kebakaran, selain pihak berkuasa giat melakukan siasatan mencari punca kebakaran selepas disyaki berlaku akibat perbuatan khianat.
Pasukan kecemasan dan bencana Turki memaklumkan tiga mangsa termasuk soerang warga emas berusia 82 tahun terkorban dalam kebakaran itu.
Saluran NTV pula melaporkan, seorang lelaki berusia 25 tahun maut di Marmaris ketika cuba memberi bantuan.
Kebakaran awal dilaporkan bermula di sebuah resort percutian terkenal yang terletak 75 kilometer ke timur Antalya.
Namun, api terus marak sehingga merebak menghampiri kawasan pantai yang dipenuhi hotel dan resort.
Beberapa perkongsian dalam media sosial menunjukkan orang ramai berlari menyelamatkan diri dengan meredah kepulan asap tebal.
Asap tebal juga menyelbungi kawasan sekitar di bandar Manavgat. – AFP
https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/07/kebakaran-hutan-turki-makin-parah-empat-maut-dan-180-cedera/
Comments
Post a Comment