Lebih 140 penduduk Pal estin cedera diserang tentera Isr ael di Beita

 

BEITA: Lebih 140 penduduk Palestin diserang oleh tentera Israel dalam pertempuran di perkampungan Beita, Tebing Barat.

Pasukan perubatan berkata, dua tentera Israel turut mengalami kecederaan ringan dalam pertempuran tersebut.

Ratusan rakyat Palestin berkumpul di Beita yang terletak di belah utara Tebing Barat yang dijajah Israel bagi menyuarakan bantahan terhadap pos kawalan di Eviatar.

Kawasan itu sering menjadi tumpuan demonstrasi terhadap penjajahan Zionis di tanah Palestin.

Menurut tentera Israel, protes berlaku sejak beberapa jam lalu di pos Givat Eviatar yang teletak di selatan Nablus.

“Ratusan penduduk Palestin membaling batu kepada tentera IDF yang bertindak balas melakukan rusuhan,” dakwanya.


Bulan Sabit Merah Palestin memaklumkan seramai 146 penduduk Palestin cedera semasa pertempuran itu termasuk sembilan orang terkena tembakan, 34 ditembak dengan peluru getah serta 87 serangan gas pemedih mata.

Mei lalu, penduduk haram Yahudi membina pos Eviatar serta membina rumah dan konkrit dalam beberapa minggu.


Pembinaan itu bertentangan undang-undang antarabangsa dan Israel sengaja mencetuskan ketidakpuasan hati penduduk Palestin.

Penduduk Palestin mengadakan protes kerana pembinaan haram itu melibatkan tanah mereka.-AFP

 https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/07/lebih-140-penduduk-palestin-cedera-diserang-tentera-israel-di-beita/

Comments