MEDAN: Nasib pilu menyelubungi sebuah keluarga di Medan, Sumatera Utara apabila seorang ahli keluarga meninggal dunia selepas menerima suntikan vaksin Covid-19.
Lapor Tribunnews, seorang ahli keluarga lain pula koma selepas menerima suntikan vaksin yang sama.
Mangsa yang maut ialah Erwin Perdana Nasution, 21, yang merupakan penduduk di Jalan Karya Setia, Sei Agul.
Erwin merupakan mahasiswa di sebuah maktab perguruan tinggi negeri di Medan dan mengambil kos perhotelan.
Wakil Ketua Medan, Rajudin Sagala berkata, Erwin bersama empat ahli keluarga lain pergi ke tempat suntikan vaksin di Medan Belawan.
“Kesemua mereka adalah seramai lima orang dan menerima suntikan vaksin serentak,” katanya.
Rajudin berkata, bapa saudara mangsa turut berada di lokasi sama dan selepas menerima vaksin terus jatuh koma serta masih tidak menyedarkan diri lagi.
Dia kini dirawat di Hospital Haji.
Jelasnya, vaksin yang digunakan adalah jenis Sinovac dan lokasi penerimaan vaksin di Belawan itu tidak diketahui.
Mangsa difahamkan akan menjalani latihan praktikal, namun, Universiti Negeri Medan meminta pelajar mengemukakan sijil penerimaaan suntikan vaksin sebagai syarat keperluan.
“Saya sudah mengesahkan maklumat ini terus dari ahli keluarga mangsa,” jelasnya.
Setelah keadaan Erwin semakin teruk hingga demam dengan suhu tinggi, keluarganya membawa mangsa ke Hospital Imelda Medan.
Selepas beberapa hari menerima rawatan di hospital, Erwin menghembuskan nafas terakhir.
Difahamkan, mangsa mempunyai sejarah penyakit asma dan jangkitan paru-paru.
https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/07/mahasiswa-maut-selepas-terima-suntikan-vaksin/
Comments
Post a Comment