Pembayar cukai UK perlu tanggung kos Covid-19 selama ‘berdekad’

 

LONDON: Golongan pembayar cukai di United Kingdom (UK) akan menanggung kos perbelanjaan Covid-19 ‘selama beberapa dekad’.

Menerusi dua laporan baharu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyatakan tindak balas kerajaan terhadap krisis yang berlaku secara tidak langsung mendedahkan pembayar cukai terhadap ‘risiko kewangan yang besar’.

Lapor BBC, ahli-ahli Parlimen Britain turut ‘menyerang kerajaan’ yang didakwa mengeluarkan belanja besar terhadap kit perlindungan Covid-19 yang tidak perlu digunakan.


Laporan PAC itu menyebut pembayar cukai akan berdepan dengan krisis kewangan yang signifikan selama beberapa dekad akan datang dengan perbelanjaan kerajaan menguruskan Covid-19 setakat Mei lalu sudah mencecah 372 bilion pound (RM2.1 trilion)

Jumlah hutang kerajaan UK ketika ini melebihi 2.2 trilion pound (RM12.8 trilion).

https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/07/pembayar-cukai-uk-perlu-tanggung-kos-covid-19-selama-berdekad/

Comments