LONDON: Sejumlah dos vaksin Covid-19 dilaporkan ‘dibuang ke dalam tong sampah’ selepas permintaan suntikan vaksin dalam kalangan orang muda di negara ini terus menurun.
Pembaziran itu didakwa berlaku akibat selang masa antara dos vaksin yang disifatkan ‘terlalu lama’.
Keadaan itu menyebabkan golongan muda yang sudah menerima dos pertama, mencari alternatif atau pergi ke tempat lain untuk mengambil dos kedua oada kadar segera.
Jawatankuasa Bersama untuk Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI) mencadangkan selang masa antara dos vaksin adalah dari lapan hingga 12 minggu, biarpun pengeluar vaksin meluluskan penggunaan dalam selang masa tiga minggu.
Cadangan itu dibuat selepas pihak berkuasa kesihatan United Kingdom (UK) menegaskan terdapat bukti menunjukkan selang masa yang lama antara dos boleh meningkatkan tindak balas imun.
Menurut sumber kepada The Telegraph, orang ramai terutamanya golongan muda terlepas tarikh temu janji vaksin kerana mereka sudah mendapatkan dos kedua di tempat lain.
Keadaan itu menyebabkan vaksin sudah sampai tarikh luput dan perlu dilupuskan.
https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/07/pembaziran-vaksin-covid-19-dilaporkan-di-united-kingdom/
Comments
Post a Comment