NEW DELHI: Sekurang-kurangnya enam anggota dilaporkan terbunuh selepas pasukan keselamatan dari dua negeri di India saling berbalas tembakan.
Lapor BBC, kejadian luar biasa itu berlaku di sepanjang sempadan antara negeri Assam dan Mizoram, timur laut India.
Pegawai dari kedua-dua negeri termasuk ketua menteri saling menuduh sesama melakukan provokasi keganasan.
Kejadian tembakan itu berlaku di tengah ketegangan berhubung pertikaian sempadan antara dua negeri tersebut.
Assam berkongsi sempadan sepanjang 164 kilometer dengan Mizoram dan kedua-dua negeri itu mempertikaikan garisan sempadan tersebut.
Ia merupakan kali pertama polis di kedua-dua negeri saling berbalas tembakan dalam konfrontasi secara langsung.
Anggota polis yang terkorban dalam serangan itu berasal dari Assam. – AGENSI
https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/07/pertempuran-assam-mizoram-enam-polis-maut-selepas-berbalas-tembakan/
Comments
Post a Comment