Ramai pegawai kerajaan Tunisia dipecat

 

TUNIS: Pergolakan politik di Tunisia semakin memburuk apabila Presiden Kais Saied memecat lebih ramai pegawai kerajaan, beberapa hari selepas beliau menggantung Parlimen.

Selepas memecat perdana menteri, Hichem Mechichi pada Sabtu lalu serta menteri pertahanan dan menteri keadilan pada awal minggu ini, Kais mengarahkan pula sejumlah pegawai kerajaan untuk dipecat.

Kelmarin, Kais menyingkirkan Ketua Pegawai Eksekutif stesen penyiaran televisyen Watania.

Kais sehingga kini bertegas bahawa tindakannya adalah berdasarkan Perlembagaan, walaupun pembangkang menyifatkannya sebagai ‘rampasan kuasa’.


Ketidakstabilan politik di negara ini turut mendapat perhatian pemimpin Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.

Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian menggesa supaya Tunisia membentuk kerajaan dan melantik perdana menteri baharu.

Situasi semakin meruncing apabila Ennahdha yang merupakan parti politik terbesar dalam kerajaan pakatan Tunisia disiasat atas dakwaan menerima dana haram menjelang pilihan raya 2019. – AFP

https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/07/ramai-pegawai-kerajaan-tunisia-dipecat/ 

Comments