MONTREAL: Ribuan penduduk melarikan diri daripada kebakaran di barat Kanada hari ini dengan ratusan tentera dikerah untuk memadam kebakaran yang melanda wilayah barat Amerika Utara.
Ketua daerah di wilayah barat British Columbia, Margo Wagner, berkata kebakaran itu adalah kali kedua dalam tempoh empat tahun.
Menurut pakar di Jabatan Perhutanan Oregon, Marcus Kauffman, di selatan sempadan, sejumlah komuniti di Amerika Syarikat (AS) diancam kebakaran hutan, sekali gus menimbulkan cuaca yang sangat ekstrem.
"Api menjadi sangat marak dan ia menghasilkan cuaca panas melampau," katanya.
Hampir 80 kebakaran besar kini melanda ratusan ribu hektar kawasan di California, Oregon, Montana dan Nevada, di mana yang terbesar di antaranya adalah 'kebakaran bootleg' di Oregon iaitu menyamai keluasan Los Angeles, hanya dalam tempoh dua minggu.
Sementara itu, Ia Yocum dari Oregon State Fire Marshal, berkata kerja memadam kebakaran yang berlangsung selama dua minggu adalah untuk melindungi ratusan rumah.
British Columbia mengisytiharkan keadaan darurat pada hari Isnin, dengan lebih 5,700 orang di arah berpindah.
"Kami melakukannya pada 2017 dan kami akan melakukannya lagi pada 2021. Adakah tekanan? Adakah ia menakutkan? Sudah tentu," kata Wagner. - AFP
https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2021/07/841939/ribuan-larikan-diri-kebakaran-di-kanada
Comments
Post a Comment