Ribut tropika landa utara Jepun

 

TOKYO: Ribut tropika dilaporkan melanda utara Jepun pada hari ini, kata pihak berkuasa.

Bagaimanapun, tiada laporan mengenai kerosakan dikeluarkan setakat ini.

Malah, perlawanan bola sepak Sukan Olimpik yang diadakan di wilayah tersebut juga akan diteruskan.


Pihak berkuasa tempatan mengeluarkan perintah pemindahan bukan mandatori dan menubuhkan pusat perlindungan kecemasan ketika ribut tropika Nepartak melanda wilayah Miyagi di utara Jepun sebelum pukul 6 pagi (waktu tempatan).

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, ribut melintasi selatan bandar Morioka di wilayah Iwate dengan membawa angin kencang berkelajuan sekitar 190 kilometer sejam (km/j).

Miyagi menjadi lokasi anjuran beberapa acara Sukan Olimpik termasuk perlawanan bola sepak pada hari ini namun pengajur menyatakan pihaknya tidak terjejas. – AFP

https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/07/ribut-tropika-landa-utara-jepun/

Comments