MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin bercadang untuk membina dua pesawat baharu bagi membolehkan beliau ‘mengawal keadaan’ apabila berlaku perang nuklear.
Menurut sumber ketenteraan pesawat baharu itu bakal dilengkapi dengan beberapa ciri-ciri tertentu bagi membolehkan Putin mengawal pasukan tentera dan peluru berpandu dalam apa jua ancaman yang berlaku.
“Pasukan Tentera Udara Rusia akan menerima dua pesawat baharu,” jelas sumber itu.
Pesawat baharu itu kini dipercayai dalam pembinaan dan dihasilkan mengikut reka bentuk pesawat mewah Putin yang dikenali sebagai ‘Flying Kremlin‘.
Pesawat yang bakal dibina berdasarkan model kapal terbang Ilyushin 96-400M itu akan digunakan oleh Putin, barisan pegawai tentera, keselamatan dan menteri.
Dalam pada itu, pesawat baharu berkenaan dijangka mempunyai sistem komunikasi canggih yang boleh bertindak sebagai ‘pusat pengurusan tentera’ ketika bertempur.
Media Rusia melaporkan, kompleks radio pesawat baharu berkenaan boleh menyampaikan arahan kepada pasukan tentera, penerbangan strategik, pelancar roket mudah alih dan kapal selam yang membawa senjata nuklear dalam jarak 6,000 kilometer.
Pembangunan dua pesawat baharu itu secara tidak langsung menunjukkan Putin sudah bersedia untuk membawa Rusia berdepan dengan peperangan.
https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/07/rusia-bina-dua-pesawat-baharu-untuk-perang-nuklear/
Comments
Post a Comment