WASHINGTON: Seorang saintis wanita, Dr. Tracy Fanara bakal menjadi seorang daripada lapan calon yang akan terbang ke bulan pada 2023 dengan menaiki roket SpaceX.
Menerusi Projek dearMoon, hartawan Jepun, Yusaku Maezawa merancang membawa lapan orang bersamanya ke bulan.
Bercakap kepada Daily Mail, Fanara memberitahu dia dia tidur lena selama enam minggu memikirkan proses pemilihan tersebut.
Fanara merupakan jurutera dan saintis berkelulusan dari Universiti Florida dan beliau menghabiskan masa selama enam tahun melakukan penyelidikan kesihatan persekitaran di Makmal Mote Marine.
“Saya amat berbesar hati diberi peluang sebagai antara lapan calon yang bakal terbang ke bulan,” katanya.
Minat mendalamnya terhadap sains dan angkasa lepas bermula ketika dia berusia 14 tahun.
rojek dearMoon dijangka mengambil masa selama tiga hari untuk tiba ke bulan dan tiga hari untuk pulang semula ke bumi.
Dianggarkan 10 hingga 12 orang bakal menaiki roket berkenaan termasuk Maezawa, kru SpaceX dan lapan calon yang terpilih.
https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/07/saintis-wanita-antara-bakal-calon-ke-terbang-bulan-guna-roket-spacex/
Comments
Post a Comment