KABUL: Amerika Syarikat (AS) akan meneruskan serangan udara sebagai ‘sokongan’ kepada tentera Afghanistan untuk berdepan dengan ancaman Taliban.
Serangan kumpulan militan itu dilaporkan semakin meningkat sejak beberapa minggu lalu, dengan menyasarkan daerah dan wilayah luar bandar.
Ancaman itu ditingkatkan selepas Presiden AS, Joe Biden pada April lalu mengumumkan tentera AS akan keluar dari negara ini secara berperingkat bermula September ini.
Jurucakap tentera AS di Kabul, Kenneth McKenzie berkata, pihaknya sudah bersedia untuk meningkatkan ‘sokongan’ kepada tentera Afghanistan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
“Tentera AS meningkatkan serangan udara menentang Taliban sejak beberapa hari lalu dan kami akan terus memberi sokongan kepada tentera Afghanistan,” katanya.
Namun, beliau tidak mahu mengulas lanjut sama ada serangan udara itu akan diteruskan sehingga 31 Ogos ini, sebelum tentera AS berundur dari Afghanistan. – REUTERS
https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/07/tentera-as-tingkat-serangan-udara-bantu-afghanistan-lawan-taliban/
Comments
Post a Comment