Wanita diserang ratusan tikus ketika bersiar-siar di taman

 

LONDON: Seorang wanita mendakwa lebih 100 ekor tikus ‘menyerangnya’ ketika dia bersiar-siar di sebuah taman, di sini baru-baru ini.

Lapor Mirror, Susan Treftub, 43, memberitahu, dia alami trauma dan serik untuk pergi lagi ke Taman Blondin di Ealing selepas insiden tersebut.

Wanita itu menceritakan, dia pada mulanya ternampak benda bergerak di atas rumput.

“Secara tiba-tiba, ratusan tikus itu meluru ke arah saya dan cuba memanjat badan saya.

“Haiwan perosak itu turut menggigit badan saya dan menyebabkan banyak lebam. Insiden itu amat menjijikkan kerana saya tidak pernah melihat tikus sebanyak itu,” katanya.


Sehubungan itu, Treftub menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika bersiar-siar di taman tersebut, terutamanya ibu bapa yang membawa anak mereka bermain.

Sementara itu, majlis perbandaran Ealing memaklumkan pihaknya sudah menerima laporan mengenai kes yang menimpa Treftub dan akan mengambil tindakan lanjut.

Majlis itu juga mengingatkan orang ramai agar tidak membuang sampah merata-rata kerana persekitaran kotor yang dipenuhi dengan bekas makanan ‘mengumpan’ haiwan perosak datang ke taman tersebut.

https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/07/wanita-diserang-ratusan-tikus-ketika-bersiar-siar-di-taman/

 

Comments