ATHENS: Kira-kira 7,000 penduduk melakukan tunjuk perasaan di Athens bagi membantah peraturan baharu yang mewajibkan petugas kesihatan disuntik vaksin Covid-19.
Pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan untuk menghentikan keganasan dalam kalangan mereka.
Perubahan peraturan yang berkuatkuasa Rabu mewajibkan semua kakitangan yang bekerja di hospital divaksin.
Penunjuk perasaan mengibarkan bendera Greece dan membawa plakad yang tertera `Kami tidak menentang vaksin tetapi membantah fasisme’ serta `Hidup demokrasi’.
“Saya diberi cuti sakit kerana enggan menerima suntikan vaksin, sedangkan selama beberapa bulan saya membantu membendung wabak ini.
“Saya bekerja dalam keadaan yang amat sukar,” kata seorang pemandu ambulans, Christos Bakakios yang menyertai protes itu.
Menurut seorang jururawat yang dikenali sebagai Lina, sistem kesihatan negara akan lumpuh sekiranya semua petugas kesihatan yang enggan divaksin diasingkan. – AFP
https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/08/7000-penunjuk-perasaan-bantah-peraturan-vaksin-covid-19-di-greece/
Comments
Post a Comment