KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan seramai 7,599 atau 3.05 peratus petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 hasil saringan berkala.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu hanya 17 kes atau 0.22 peratus berada di kategori tiga hingga lima.
"Jangkitan COVID-19 ke atas petugas KKM yang lengkap vaksinasi boleh berlaku, tetapi dengan kadar jangkitan yang tidak teruk iaitu 3.05 peratus.
"Kebanyakan yang dijangkiti (petugas kesihatan) tidak bergejala atau menunjukkan gejala ringan," katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.
Menerusi data yang disertakan Dr Noor Hisham, seramai 248,874 petugas kesihatan di negara ini sudah mendapat vaksin lengkap, selain terdapat dua kes kematian membabitkan kategori lima.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/852245/7599-petugas-kesihatan-dijangkiti-covid-19
Comments
Post a Comment