WASHINGTON: Sekurang-kurangnya dua maut dan 20 dilaporkan hilang selepas negeri di timur Amerika Syarikat (AS), North Carolina, dilanda hujan lebat yang mengakibatkan banjir besar.
Gabenor Roy Cooper mengisytiharkan darurat rabu lalu selepas Ribut Tropika Fred membawa hujan hampir 30 sentimeter (sm) ke kawasan barat negeri berkenaan sejak beberapa hari lalu.
"Banjir terburuk dalam sejarah kini dialami di Haywood County sepanjang Sungai the Pigeon.
"Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di darat, air dan udara kini dikerahkan ke kawasan terjejas akibat bencana alam," katanya.
Setakat ini, hampir 100 mangsa banjir berjaya diselamatkan selepas arus deras memusnahkan kebanyakan jalan dan jambatan di kawasan berkenaan selain menyebabkan bekalan elektrik terputus.
Sherif Haywood County, Greg Christopher, memberitahu media tempatan, WYFF4, bahawa pihaknya memeriksa semua kenderaan dan kediaman.
"Kami akan teruskan carian sehingga setiap penduduk dapat dikesan dan dipastikan selamat serta berharap pengisytiharan darurat dapat membantu.
"North Carolina amat cekal dan kami komited untuk membantu penduduk setempat dan perniagaan di sini untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa," katanya. - AFP
https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2021/08/853480/banjir-di-timur-2-maut-20-hilang
Comments
Post a Comment