BANDAR SERI BAGAWAN: Brunei melaporkan dua kematian akibat Covid-19 hari ini, sekali gus menjadi kematian pertama dalam tempoh lebih setahun melibatkan virus maut itu di negara ini.
Seorang wanita warga emas berusia 85 tahun dan lelaki berumur 69 tahun meninggal dunia selepas terkena jangkitan paru-paru akibat Covid-19 selepas dimasukkan ke pusat kuarantin pada bulan ini.
Dua kes itu menjadikan jumlah kes kematian keseluruhan di negara ini adalah lima orang sejak pandemik bermula.
Brunei yang mempunya kira-kira 450,000 penduduk merekodkan kes kematian pertama akibat wabak tersebut pada Jun tahun lalu.
Pada bulan ini, pihak berkuasa Brunei melaksanakan sekatan ketat bagi mengekang penularan Covid-19 selepas mencatatkan peningkatan kes buat pertama kali dalam tempoh 15 bulan.
Pihak berkuasa menutup panggung wayang dan rumah ibadah, melarang makan di kedai dan melarang penduduk keluar rumah melainkan untuk hal penting.
Sementara itu, Brunei merekodkan sebanyak 110 kes jangkitan baharuhari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,983 kes sejak pandemik bermula. – AFP
https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/08/brunei-rekod-kes-kematian-pertama-covid-19-dalam-tempoh-lebih-setahun/
Comments
Post a Comment