‘Buka sektor atas faktor ekonomi, bukan kerana keadaan sudah selamat’

 

PETALING JAYA: “Peringatan untuk semua, banyak sektor dibuka (dibenarkan beroperasi) adalah atas faktor ekonomi dan bukannya kerana keadaan sudah selamat”.

Itu yang ditegaskan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mengenai keputusan kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju memberikan kemudahan-kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap bagi negeri-negeri di Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).


Antara keputusan itu adalah membenarkan ‘dine in’ dan aktiviti sosial lain termasuk riadah serta rekreasi.

Untuk itu Noor Hisham berkata, semua pihak perlu sentiasa beringat dengan memakai pelindung muka dan mengamalkan penjarakan fizikal serta kerap mencuci tangan.

“Elak berada di tempat yang sesak. Kekal selamat dan dapatkan vaksinasi secepat mungkin,” tegasnya.

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/buka-sektor-atas-faktor-ekonomi-bukan-kerana-keadaan-sudah-selamat/

Comments