OUAGADOUGOU: Negeri miskin Sahel di Burkina Faso sekali lagi berkabung semalam susulan jumlah mangsa yang maut dibunuh kumpulan disyaki pengganas melonjak daripada 49 kepada 80 termasuk 65 orang awam.
Bendera kebangsaan di Parlimen, bangunan presiden dan pejabat kerajaan di Ouagadougou dikibarkan separuh tiang selama tiga hari untuk berkabung, manakala jumlah kematian itu mencetus persoalan mengenai pasukan bersenjata negara itu.
Beberapa siasatan televisyen dan radio mengubah intisari rancangan dengan kebanyakannya menyiarkan lagu bagi mengenang pasukan keselamatan dan pertahanan.
Akhbar dan media dalam talian meletakkan bucu hitam di muka hadapan, namun beberapa pihak turut membangkitkan persoalan mengenai krisis keselamatan negara itu.
Portal Wakatsera menyifatkan tiada masa depan cerah bagi penduduk Burkina Faso yang masih berdepan perkara sama sejak lima tahun lalu.
"Bendera dinaikkan, namun kemudian terpaksa diturunkan ke separuh tiang hampir serta-merta untuk berkabung kerana kematian baharu orang awam atau tentera, dalam serangan bersenjata oleh individu yang biasanya tidak dikenal pasti," katanya.
Semalam, jurucakap kementerian komunikasi dan kerajaan, Ousseni Tamboura, memaklumkan 65 orang awam dan 15 anggota separa tentera terbunuh berhampiran bandar Gorgadji di wilayah Sahel dalam serangan Rabu lalu.
Lokasi itu dikenali sebagai kawasan tiga sempadan, iaitu titik pertemuan tiga negara, selain kawasan pergerakan penembak curi dikaitkan dengan Al-Qaeda dan Daesh.
Menurut kerajaan Burkina Faso, pasukan keselamatan berjaya membunuh 58 pengganas manakala selebihnya melarikan diri dan mengucapkan tahniah pada pasukan pertahanan serta keselamatan atas kejayaan itu. - AFP
https://www.bharian.com.my/dunia/afrika/2021/08/853552/burkina-faso-berkabung-lagi-selepas-80-maut
Comments
Post a Comment