Dua lelaki meninggal dunia selepas terima vaksin Moderna di Jepun

 

TOKYO: Dua orang dilaporkan meninggal dunia selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 keluaran Moderna yang sebelum ini ditangguhkan penggunaannya berikutan penemuan benda asing dalam botol vaksin.

Kedua-dua lelaki berusia 30-an itu maut selepas beberapa hari menerima suntikan dos kedua vaksin Moderna dan punca kematian masih disiasat pihak berkuasa Jepun.

Terdahulu, Jepun menghentikan buat sementara waktu penggunaan 1.63 juta dos vaksin Moderna yang diedarkan di 863 pusat pemberian vaksin di seluruh negara.


Tindakan itu dibuat selepas pengedar ubat-ubatan Jepun, Takeda Pharmaseutical menerima laporan mengenai sejumlah botol vaksin yang sudah tercemar.

Kerajaan Jepun dan Moderna memaklumkan tiada isu keselamatan mengenai vaksin tersebut dan penggantungan penggunaan itu dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga.

Media Jepun melaporkan, benda asing yang ditemukan dalam botol vaksin tersebut dipercayai partikel besi. – REUTERS

utusan.com.my/luar-negara/2021/08/dua-lelaki-meninggal-dunia-selepas-terima-vaksin-moderna-di-jepun/

Comments