India luluskan vaksin DNA pertama di dunia

 

NEW DELHI: Pengawal selia ubat India meluluskan vaksin asid deoksiribonukleik (DNA) pertama di dunia, ZyCoV-D bagi melawan jangkitan Covid-19 di negara itu.

Vaksin itu dihasilkan bagi kegunaan semasa kecemasan yang memerlukan suntikan tiga dos untuk mencegah sebarang penyakit simptomatik berdasarkan kajian sementara oleh pembuat vaksin, Cadila Healthcare.

Firma itu merancang untuk menghasilkan sebanyak 120 juta dos vaksin setiap tahun.

Vaksin DNA sebelum ini terbukti berkesan pada haiwan, namun, tidak pada manusia.

Firma itu juga pernah melaksanakan ujian klinikal paling besar bagi vaksin India melibatkan seramai 28,000 sukarelawan di lebih 50 negara.


Kata syarikat itu, ini juga merupakan kali petama vaksin Covid-19 diuji terhadap golongan remaja di India melibatkan 1,000 individu berumur 12 hingga 18 tahun.

Suntikan vaksin itu disahkan ‘selamat dan bertindak balas dengan baik’ bagi peringkat umur tersebut.

India setakat ini sudah memberikan suntikan vaksin kepada 13 peratus golongan dewasa dan 47 peratus individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos sejak Januari lalu. -BBC

https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/08/india-luluskan-vaksin-dna-pertama-di-dunia/

Comments