TOKYO: Jepun akan menghentikan penggunaan 1.63 juta dos vaksin Covid-19 keluaran Moderna selepas terdapat laporan mengenai sebahagian daripada dos tersebut sudah tercemar.
Syarikat pengeluar ubat-ubatan, Takeda yang bertanggungjawab dalam penjualan dan pengedaran Moderna di Jepun memaklumkan, mereka menerima aduan daripada beberapa pusat pemberian vaksin mengenai kehadiran benda asing dalam sejumlah botol vaksin yang belum dibuka.
“Setelah mengadakan perbincangan dengan kementerian kesihatan, kami membuat keputusan untuk menggantung penggunaan Moderna bermula hari ini.
“Kami juga sudah meminta Moderna menyiasat segera insiden tersebut,” jelas syarikat itu.
Moderna setakat ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.
Takeda juga menyatakan, pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai masalah kesihatan dalam kalangan penduduk yang sudah menerima suntikan vaksin Moderna. – AFP
https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/08/jumpa-benda-asing-dalam-botol-vaksin-jepun-henti-sementara-guna-vaksin-moderna/
Comments
Post a Comment