SEOUL: Korea Selatan mengesahkan sebanyak 2,599 kes jangkitan Covid-19 melibatkan individu yang sudah divaksin sepenuhnya.
Agensi Pencegahan dan Kawalan Penyakit Korea Selatan (KDCA) memaklumkan bilangan individu yang mendapat jangkitan itu sejak 19 Ogos lalu, iaitu menyaksikan peningkatan sebanyak 2,111 orang berbanding minggu sebelumnya.
Perkembangan terkini itu menandakan berlaku 35.1 kes bagi setiap 100,000 orang yang sudah divaksin sepenuhnya.
Bilangan individu yang sudah divaksin di negara itu setakat 18 Ogos lalu adalah seramai 7.4 juta orang.
Individu yang sudah divaksin selepas tempoh dua minggu sepatutnya boleh dilindungi daripada menerima jangkitan virus, namun, kes terkini itu melibatkan individu yang dijangkiti virus selepas tempoh berkenaan.
Daripada jumlah itu, sebanyak 498 kes dijangkiti varian Delta, 26 kes varian Alpha, sementara satu kes melibatkan varian Beta dan Gamma.
Menurut KDCA, kes jangkitan itu berlaku ketika peningkatan bilangan individu menerima vaksin di negara itu.
Bagaimanapun, suntikan vaksin tetap penting kerana dapat mengurangkan bilangan kes kritikal dan kematian.-AGENSI
https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/08/korea-selatan-catat-2599-kes-positif-covid-19-selepas-divaksin/
Comments
Post a Comment