Lebih 90 peratus guru di Terengganu selesai dos pertama vaksin

 

KUALA TERENGGANU: Lebih 90 peratus daripada hampir 22,000 golongan pendidik di negeri ini selesai menerima dos pertama vaksin Covid-19 masing-masing.

Pengarah Pendidikan negeri, Salim Ab. Ghani berkata, rata-rata guru memberi komitmen terhadap Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Bagaimanapun, saya tidak menafikan ada kalangan guru yang menolak untuk divaksin, namun jumlahnya kecil.


“Kita akan mengenal pasti kelompok berkenaan, mungkin mereka bertindak demikian kerana mempunyai masalah kesihatan,” katanya di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Salim berkata, kesemua guru tingkatan lima dan enam di negeri ini termasuk kakitangan sokongan akan selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 sebelum sesi persekolahan bersemuka bermula Oktober ini.

Katanya, Terengganu merekodkan seramai  10,175 guru sekolah menengah manakala 11,746 pula di sekolah rendah. – UTUSAN ONLINE 

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/lebih-90-peratus-guru-di-terengganu-selesai-dos-pertama-vaksin/

 

Comments