SINGAPURA: Seorang lelaki Singapura berusia 90 tahun meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19, semalam.
Mangsa adalah pesakit pertama yang meninggal dunia akibat masalah kesihatan berkaitan COVID-19 selepas menerima dua dos suntikan vaksin.
Kementerian Kesihatan (MOH) berkata, lelaki itu mengalami gejala pada 29 Julai dan menjalani ujian COVID-19 pada 1 Ogos.
Katanya, lelaki itu dibawa ke hospital pada keesokan harinya kerana sesak nafas nafas dan pening.
"Mangsa terus dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana mengalami jangkitan radang paru-paru.
"Mangsa lengkap divaksin COVID-19 tetapi faktor usia dan mempunyai sejarah penyakit ginjal kronik dan tekanan darah tinggi," kata MOH dalam kenyataan, semalam.
Kematian itu adalah yang kelapan direkodkan pada bulan ini dan ke-45 di Singapura.
Sementara itu, kementerian itu berkata, sebanyak 56 kes baru COVID-19 dilaporkan di negara itu semalam menjadikan jumlah keseluruhan adalah 66,281 kes sejak pandemik tercetus. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/08/852694/lelaki-lengkap-2-dos-vaksin-meninggal-dunia-di-singapura
Comments
Post a Comment