Majlis Ulama masih kaji fatwa halal-haram vaksin Pfizer

 

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) menyatakan masih mengkaji tentang fatwa halal-haram vaksin Covid-19 produksi Amerika Syarikat (AS), Pfizer Inc and BioNtec atau Pfizer.

CNN Indonesia melaporkan, menurut kenyataan MUI, vaksin jenis itu sedang dikaji dan akan difatwakan dalam masa terdekat.

Menurut MUI, penetapan fatwa itu perlu didasarkan kepada tiga aspek.

Aspek pertama berkaitan bahan mentah serta bahan tambahan yang mesti halal.

Sementara aspek kedua, iaitu proses penghasilan halal, mesti dijamin tidak tercemar dengan najis.

Ketiga, sistem dalam syarikat yang menjamin halal.


MUI sudah membuat fatwa terhadap tiga jenis vaksin iaitu Sinovac, Sinopharm dan AstraZeneca.

Daripada tiga vaksin tersebut, MUI hanya menetapkan Sinovac adalah halal.

Untuk Sinopharm dan Astrazeneca difatwakan haram namun boleh digunakan kerana keadaan darurat.

https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/08/majlis-ulama-masih-kaji-fatwa-halal-haram-vaksin-pfizer/

Comments