Murid belum divaksin dianggap tidak hadir sekolah

 

JEDDAH: Murid sekolah yang belum menerima suntikan vaksin sepenuhnya tidak dibenarkan hadir ke sekolah serta dianggap tidak hadir.

Arahan itu dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan Arab Saudi, Hamad Al-Sheikh berhubung garis panduan pembukaan sekolah, lapor Arab News. 

Katanya, semua murid berusia 12 tahun ke atas perlu menerima suntikan vaksin sepenuhnya.


Jelasnya, arahan sama turut terpakai kepada semua pelajar universiti dan pendaftaran mereka akan ditangguhkan sekiranya belum divaksin.

“Kami menggesa kepada semua ibu bapa, guru, pihak fakulti dan golongan pelajar berhati-hati dan mengambil inisiatif untuk menerima vaksin.

Lebih 33.6 juta dos vaksin sudah diberikan kepada penduduk Arab Saudi dan sebanyak 61.9 peratus populasi sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/08/murid-belum-divaksin-dianggap-tidak-hadir-sekolah/

Comments