SYDNEY: Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian memberi peringatan kepada orang ramai supaya kekal berada di rumah akibat ancaman jangkitan varian Delta di Sydney.
Walaupun penularan varian baharu itu belum sampai tahap kemuncak, namun, penduduk perlu sentiasa berhati-hati jika tidak mahu berhadapan dengan lebih banyak kes kematian.
Bandar terbesar di Australia itu menyaksikan jangkitan kes harian yang membimbangkan walaupun perintah berkurung sudah dilaksanakan selama dua bulan.
Kes jangkitan harian Covid-19 paling terbesar pernah dicatatkan sebanyak 633 kes termasuk 545 di Sydney.
Seramai 60 orang maut termasuk tiga kes yang disahkan hari ini akibat penularan kes varian Delta sejak kali pertama dilaporkan pada 16 Jun lalu.
Ketua Pegawai Kesihatan negeri, Kerry Chant memberi amaran akan berlaku lebih banyak kes kematian sekiranya kes meningkat berterusan.
Setakat ini, hanya 28 peratus individu berusia 16 tahun ke atas sudah menerima suntikan vaksin sepenuhnya. -REUTERS
Comments
Post a Comment