Penunjuk perasaan serbu pejabat media London

 

LONDON: Penunjuk perasaan anti perintah berkurung COVID-19 menyerbu masuk pejabat penyiaran berita Britain, ITN, menyebabkan wartawan terkurung di pejabat.

Ratusan penunjuk perasaan yang menyertai perarakan di tengah London berpecah kepada kumpulan kecil yang kemudian menceroboh ibu pejabat agensi penyiaran berita televisyen itu.

Sebuah video menunjukkan pembaca berita veteran, Jon Snow, dihina menggunakan kata kesat ketika memasuki bangunan itu.

Ramai wartawan dihalang daripada meneruskan tugasan mereka akibat pencerobohan itu, kata jurucakap ITN.

Anggota polis Metropolitan Britain berkawal di hadapan ibu pejabat ITN di London selepas diserbu penunjuk perasaan anti perintah berkurung COVID-19. - Foto AFP

"Staf ITN termasuk yang bekerja untuk ITV News, Channel 4 News dan 5 News dinasihatkan kekal berada dalam pejabat atau jangan memasuki pejabat ketika kemelut itu ditangani.

"Tindakan menghina wartawan hanya kerana laporan mereka mengenai coronavirus adalah satu perkembangan yang membimbangkan dan dipantau rapi ITN bagi memastikan kakitangannya tidak dicederakan," katanya.

Pihak polis dipanggil bagi mengawal keadaan sebelu penunjuk perasaan meninggalkan premis berkenaan menjelang tengah hari. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/08/855234/penunjuk-perasaan-serbu-pejabat-media-london

 

Comments