KAMPALA: Kementerian Kesihatan Uganda semalam mengesahkan wabak polio kembali melanda dan mengisytiharkan darurat kesihatan awam di negara itu.
Agensi berita Anadolu melaporkan, pada Ogos 2020, Uganda dan seluruh benua Afrika disahkan bebas virus polio oleh Pertubuhan Ke
sihatan Sedunia (WHO).
Kadar imunisasi rutin dan suntikan imunisasi polio yang rendah mengakibatkan wabak polio kembali menyerang Uganda ketika seluruh dunia melawan pandemik COVID-19.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Dr Henry Mwebesa, berkata virus itu berkemungkinan sudah tersebar di negara itu sejak dua tahun lalu.
Kira-kira 20 negara Afrika mengesahkan kemunculan wabak polio dalam tempoh 12 bulan lalu, termasuk tiga negara jiran Uganda. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/dunia/afrika/2021/08/852946/polio-muncul-kembali-di-afrika
Comments
Post a Comment